Tuesday, 27 September 2011

Kasut Pink

Assalamualaikum. Hey. How's it goin'?

Fuh. Paper Biology is finally over. Susah? Of course la. Haish...Lepas habis paper tu call my parents. Baba cakap, "Okay aa tuh susah. Kalo tak susah senang-senang je la semua orang masuk foundation." Pastu my father cerita pasal ular la, mama kene sengat dengan scorpion la. Just trying to make me laugh. :) Thank you mama, baba. Without you guys, my world wouldn't shine as bright as now.

Nak balik kolej tadi memang macam challenge dalam Biggest Loser la. Dari fakulti naik tangga panjang macam batu caves punye style. Pastu jaaaaalaaaaaaannnn...sampai la kolej. Tak cukup dengan tu, lif penuh cam tin sardin. Supposed ade dua lif but tak fix-fix lagi. So sampai sekarang lif tu jadi pameran je. -.- (Nak complaint nanti kene sindir dengan orang kolej tuh. Tepapentah.)

Naik aa tangga kolej sampai tingkat 5. Alhamdulillah duduk kt level 5. Kalo kat level 9 memang sakit la. Aku fikir la, kalo camni everyday memang turun dalam 5, 10 kg. Sedap jugak. -.-

Sampai bilik terus tebongkang tidur. Tengah sedap-sedap telelap, tetibe dengar bunyik suara housemateku yang sangat nyaring. Die menjerit. Mungkin gembira.

Aku pun tebangun. Tau tak feeling yang tekejut sebab orang tetibe menjerit mase kau tengah tidur? Atau perasaannyer sama seperti sewaktu kau sedang membuang air besar tiba-tiba ade orang ketuk pintu tanya, "Lama lagi ke?" FFFUUUUUU....Perasaan yang tak best. Sangat tak cool.

But no matter what it is, aku bersyukur. :) Aku suka dengan hari-hari yang aku tempuhi kat sini. Allah S.W.T. memberi peluang kepada aku untuk terus menjalani kehidupan yang selesa. Semoga ku tak gunakan nikmat ni ke jalan yang salah. Amin.

Em? Kenape dengan kasut pink? Header tu langsung tak de kene ngene dengan entry kali ni ek? Sebenarnye kakakku belikan aku sepasang kasut nike original yang berharga RM 104. Aku taknak sebab die mahal tapi kakakku insist. Warna die pink. Aku suka la jugak. Sayang kasut tu sebab  kakak aku beli dengan harga mahal. Aku pakai pegi kelas. Sebelum ni tak sedar tapi rupenyer ramai mengumpat aku dengan kasut tu. Aku tak tau ape yang tak kene tapi manusia-manusia tu tengok aku dengan kasut aku, gelak. Sedih. Kau tak tahu betape kakak aku kerja keras untuk beli kasut tu untuk aku. Suka-suka kau kritik. Cis. Esok lusa kalo kau takdak kasut nak pakai baru kau tau betape bestnye kalau ade kasut macam aku.

Wednesday, 14 September 2011

Neglected much?

Assalamualaikum. Hey, how's it goin'?

Not many may noticed but..aku ade something yang tak pernah nak hilang dari dalam diri aku sejak...masuk MRSM. MRSM? Oh...Baru lah jugak kan...em..

Dari aku tingkatan 4, aku ade 1 komplikasi. Bukan ape, it's just..friends matter. Okay, I know. Many teenagers selalu ade masalah ni. "Die tak suke aku sebab crush die suke aku."; "Rupe-rupenyer die jeles dengan aku"...Blah, blah, blah...some sorts like that. Yeah I admit. Aku pun camtu. But kalo yang jenis camtu jadi time aku form 1 sampai form 3. Tapi! Walaupun gaduh each year, the friendship is still going strong during those years. Sekarang biase je la sebab dah tak selalu contact. Aku pun tak tahu kenape.

The story change as the time goes on. Bile masuk MRSM, aku jadi lain. Kat sini takde 1 guy pun yang suke kat aku. Hehe. Malu pulak nak ngaku. Tak feymes. Tak cantik. Dan aku desperate untuk cari kawan. Susah sangat nak cari kawan. Apetah lagi kawan baik. Hmm..aku ade masalah bersosial? Mungkin. Haish..Kalo ade kawan, aku excited gilaaa. Aku nak cerita semua benda kat diorang. Aku bagitahu crush aku sape, aku bagitahu aku benci sape, aku entrust semua secret aku kt diorang. Desperate nak kawan. Thats why la. Kawan takkan datang kalo aku tak cerita bende hangat-hangat. Diorang suke gosip. Aku bagi diorang gosip.


Tapi tau-tau esoknya......


Cerita pasal aku semua tesebar. Aku kene kutuk. Yang bestnye, crush aku pun kutuk aku. Aku rase lonely sangat. Kawan-kawan aku tu, diorang kate, "Takpe..sabar je..jangan nangis..diorang tu memang jahat la" In the end, die lak usha crush aku. What a joke...

Ok lah! Tu smue cerita MRSM dulu-dulu. Aku just nak story yang aku ni memang susah nak cari kawan. Aku tak tau nak buat ape, nak cakap ape. Orang selalu kate, "Kau jadilah diri sendiri. Takyah peduli kate orang lain. Jangan biar orang ubah diri kau." Kau ingat senang? Kalo jadi diri sendiri tapi orang tetap benci macam mane? Aku tak tau tang mane diri aku ni yang teruk sangat. Orang tak selesa dengan aku. Kenape? It is my perangai? Aku gedik sangat ke? Aku...mintak maaf atas kegedikkan aku. Lagi? Aku buat ape lagi? Aku nak tahu...aku nak ubah...

Sebenarnya, to tell you the truth, aku takde lah gedik mane. Aku belakon je semua tuh. Aku cakap aku crush kat die tu, die ni semua sebab aku nak ade topik perbualan. Aku cerita pasal diriku, diorang tak minat. Seriously. Aku tau. Kisah hidup aku takdelah menarik. Tapi kalo aku tak buat camni aku diorang tak pandang aku.

I'm not a very good friend. Yes I know. Tapi kalo kawan-kawan aku ade masalah, aku akan cube sedaya upaya untuk tolong. Aku tak tipu. Aku tak tau diorang nampak tak bende tu dalam diri aku. Diorang boleh cari aku bile diorang susah. Diorang boleh tinggalkan aku bile diorang senang. Tapi bile diorang susah balik, aku tetap akan tolong.

Sekarang ni aku feel like, kawan-kawan aku menjauhi aku. Kenapa? Aku je ke yang perasan? Especially Daia. Daia kenape? Aku ade wat salah ke? Ye, aku dah lame tak lepak dengan korang. Tak makan malam sekali. Ajakkan korang semua aku tolak. To tell you the truth, aku malas nak turun raff. Aku fikir bile-bile aku bole jumpe korang. Mungkin ni perasaan aku tapi, aku betul-betul terase dengan action kau baru-baru ni. Mungkin kau akan jawab, "Aku memang macam ni" Sori. Aku tak kenal kau dengan lebih mendalam lagi.

Member kelas pun. A (bukan nama sebenar) berkata "Alaa..Sem depan tuka group..." B (bukan nama sebenar), C (bukan nama sebenar) & aku tersenyum tawar. Lalu A menyambung, "Mane boleh..nak B dengan C..." Aku menunggu nameku disebut. Lama. 3 minit kemudian die menukar topik lain. Aku sedapkan hati. 'Aku temasuk sekali la dalam tu kot' fikirku. Hehe..Pathetic.

Ape kene aku ni...Puas aku fikir. Haish. Sebenarnye panjang lagi komplikasi aku ni..Tapi kalo cerita panjang lebar bukannya ade pembaca pun. :) Well. I keep the rest to myself.

P/S: The first day aku masuk UiTM Puncak Alam ni, aku tanam tekad, 'aku takkan terikat dengan mane-mane manusia. Tak kira la boipren ke, gelfren ke, aku taknak manusia bername kawan kat sini. Nanti aku ade komplikasi ni lagi. Thats the main reason aku act like kera sumbang mse first week start kuliah. But I can't. I need friends. I need people. I'm not a monkey.

Thursday, 8 September 2011

We were never meant to be together.

Assalamualaikum...:)

Sekarang, aku rasa sangat sedih. Aku patutnye tengah buat assignment aku yang belambak nih. Tapi hati aku tak dapat nak tahan. Aku nak luahkan segala-galanye kat blog aku. Aku...tak tau nak overcome macam mane sorang-sorang. Aku sedih. Syamir da fly ke Jordan semalam. Aku ingat aku boleh tahan tak menangis gile-gile tapi, aku tak dapat. Its an unrequitted love. Aku suka Syamir dari form 4. Orang tanye, kenape kau suke die? Aku..tak tau nak jawab ape. Can't suke be a reason? Does love really need a reason? Aku just suke die. Its a feeling that I can't never stop. Aku da cuba. Aku sdar diri aku tak layak dengan Syamir. Die alim, soleh. He's totally out of my league. Aku takkan dapat cecah hati die walau macam mane pun. Semalam aku pegi KLIA. Aku sewa kete. Aku mintak kebenaran ayah aku nk pegi KLIA. Aku anticipating untuk sampai sane. Aku harapkan dapat bg die key chain yang dari form 5 aku blikn untuk die. Aku harapkan aku dapat tangkap gamba dgn die. But in reality...satu pun tak jadi.

Sampai kat sane aku solat mahgrib. Aku doa kt Allah S.W.T. agar ape yang aku buat ni adakah Allah redha. Aku mintak barakahNya. Aku tak mahu dimurkai Yang Maha Kuasa. Walaupun aku tau..aku datang untuk jumpe die for the last time before die balek Malaysia for who knows when, but still..I don't want the pertemuan to be..you know..based on nafsu and kemurkaan Yang Maha Esa.

When my friends and I jumpe die kt airport, I was like..froze kat tengah-tengah airport tuh. Aku shaking and blushing gile nampak die. My girls nampak la muke aku yang merah tu. Aku salam mak die. Aku tengok je die yang tengah busy dapat call sane sini, taking pictures. Plan yang aku rancang dari malam semalam memang hapus camtu je la. Then membe-membe lelaki kitorang take pictures of us altogether. So macam ok la jugak. Ade gamba group. Then he asked me, "Datang dari mane?" Aku pun dengan belagak coolnyer jawab. Ya Allah..Tuhan je la tau betape gigilnyer aku mase tuh. Pastu membe aku sebelah jawab, "kitorang lak datang nek ni, ni, ni...." haha~shes trying to avoid awkward moment kot. Membe aku yang laen cakap kat aku, "Kau pegi cakap dengan die kau nk tangkap gamba dengan die." HA?? Wey..segan kot!! Dahla family die ade kat situ. Lame gile aku tunggu shyness aku tu hilang. Die lak pegi situ sane, busy lagi. Dah cukup kudrat dan keberanian aku, aku pon mintak nak begamba dengan die. Die kate "Kejap." Rupe-rupenyer die nak bagi ucapan terima kasih kat semua orang yang datang hantar die. Pastu aku tetunggu-tunggu lagi janji die.

Tapi...........

Aku tak dapat. Nampaknyer tak de rezeki aku nak ber-moment dengan die. Takpelah. Aku redha. Allah Maha Mengetahui. Biarlah Dia yang menentukan jodoh aku siapa. Ya Allah..tabahkanlah hati hambaMu yang lemah lagi hina ini. Aku hanyalah insan biasa. Namun aku masih bersyukur aku masih mengingatiMu ya Allah..

Kat bawah ni kata-kata kawan baikku Nur Amalia. Berjurai air mata aku bile baca ni. Terima kasih sahabat :)


Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...

Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

Biarkan 'Cinta Dalam Diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan...

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba...mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya...

Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allahmaka ia pun berhilir hanya kepada Allah..