Thursday, 6 March 2014

hey y'all. how's going.

kenapa macam down je? yelah hari ni dah habis kan rm398 beli skincare product la peau. WHAT?! i know right. ye tau membazir semua-semua. tau tau tau tapi...

i don't know man i mean...is it me or everyone around me were like, bringing me down? sebab camni tau. ok.

aku ni 150cm and 47kg. it is bad? no! my bmi is perfectly normal! tapi orang duk kata lengan aku besar, tepuk-tepuk lemak aku cam aku ni gemuk obese sangat! pastu kata "wei diet lah!" "nanti I ajar you cara nak kuruskan badan" dsb. WHAT TEHHELLL?? do i look very fat? I mean i love myself. yes sometimes i do feel gemuk sini sana but i love me! ramai lagi yang macam saya tapi mereka happy. saya pun nak happy macam mereka. love me the way i am. kenapa nak kata aku gemuk dan bring me down? :'(

lepas tu ada pulak tu yang scoffs at me. i don't like it seriously. You dah tua dah ada banyak pengalaman then why you scoffed at me? im trying to do my best to accomplish my project. it is you will get the benefit later old man! KAU! KAU! KAU! kau patut tolong aku. ape nama kau besar-besar pangkat just too belittle me...im so stressed out by the likes of you. 

both of this have been bugging me since. tau tak penat tapi rasa macam tak mahu je nak share kat orang lain. macam tak boleh diharap je. macam sama je. it won't ease me. Ya Allah, help me find my way back. Help me, release me from this tension.

this is mainly because of money. kedua-dua situasi atas ni menyebabkan aku kehilangan duit, dan terpaksa mencari lagi duit. yang produk kecantikan tu memanglah kan. kenapa aku beli jugak? i don't know man. kun fayakun. 

yang pasal scoffs tu..sebenarnya, to make it short, aku buat project, nak minta sponsor kerajaan. then my superior was like, "what kind of sponsorship they'll give?" well old man! you don't know cos you haven't tried it yet! you who lived in a jungle what do you know. and if you do know something tell me! nak aku belajar konon. kau kalau kau dapat nama untuk aku punya kerja nanti...well whatever. 

Wednesday, 29 January 2014

Sampai kini..macam-macam dah jadi

Assalamualaikum, hello hai, how's it goin'?

Hem, header telah menceritakan 5% tentang ape yang aku mau tulis pada entry kali ni. Aku bukanlah manusia yang suka menulis sangat ya so blog memang berhabuk busuk baru nak bukak balik. Em, ok..let's cut the chase..

Baru-baru ni aku pegi beberapa trip. Satu kat Terengganu, satu lg kat Kuala Kubu Bharu. Yes it was an amazing experience pergi both places tu. Hmm..tp bila aku start tulis blog means aku tak puas hati, sedih, kecewa dgn sesuatu..kan..

Yes

I am very much mad with myself. I'm so terrible..muslimah ape cam ni. Mengendeng sana sini. Aku rasa malu dan hina. Yes that is seriously not a big problem but still, I am my father's daughter. I wanna be perfect. I wanna be respectful.

Kenapa aku cakap camni? Sebab..kadang-kadang tu, aku terfikir. Kenapa kelakuan aku teruk sangat? Kenapa aku tak jaga diri sendiri betul-betul? Apa yang aku harapkan dalam kehidupan?

Haih..malu nak cerita benda sebenar. Pendek cerita, aku taknak menjadi seorang gadis yang easy. Dan aku juga berharap muslimah-muslimah, saudari-saudari seislamku, juga menjadi sebiji epal yang tinggi di atas pokok dan tidak goyah apabila digoncang dan hanya akan dipetik oleh orang yang berani memanjat tangga yang tinggi untuk mendapatkannya.

Bosan ke entry kali ni? Biarlah.

Sunday, 26 January 2014

2014. Permulaan baru?

Assalamualaikum, hai, how's it going?

Hehehe yeah2 dah lama tak update blog. Orang normal selalu buat blog baru buat macam konon nak start fresh la kot. Tapi aku malas nak buat account baru. Ahaks.

Kenapa tiba-tiba nak tulis entry baru? Bukan ke cik nana dah lupa blog ni?

Ah tidak..tidak..kan dah kata dulu cik nana ni pemalas orangnye. Cerita satu tahun lepas janji nak cerita pun tak tercerita-cerita. Oh well~ Anda tertunggu2? TIPUUU!! Heheheh (bajet cam orang nak baca blog dia)

Okay sooo~ape kabar cik nana? Baik, sihat, Alhamdulillah..semua Allah bagi. Em, makin sibuk berorganisasi di UPM. Hehehe seronok! Banyak benda dah aku buat. Boleh kata tempat-tempat kat Malaysia ni, HAMPIR semua aku dah pergi jejakkan kaki. Target aku nak travel banyak-banyak tempat. Sebelum ke luar negara kene habiskan Malaysia dulu. Aherher.

Sekarang ni tengah cuti semester soo ada beberapa minggu lah kat rumah ni ha..berhibernasi. Adik aku yang satu ni, nama dia Muhammad Reza. Dia autistik. Mungkin aku perasan tapi...bila aku balik dia nampak lebih hepi. :)

So sebenarnya entry kali ni nak cakap pasal 2014. Apa yang aku harap aku dapat achieve tahun ni?

1. Program aku ke Bandung Indonesia berjalan dengan lancar dan jayanya.
2. Aku ada masa untuk pulang ke rumah untuk temani keluarga aku.
3. Aku dapat biasiswa.
4. Hubungan aku dengan junior2 dan kawan2 makin rapat.
5. Aku belajar sesuatu yang baru.

And that's pretty much of it kot. :)

Monday, 11 March 2013

ade acik tu suruh aku update blog..haha

assalamualaikum~hai3. *Awkward*

Haha cik nana memey da lama tak update blog. Malas. Tapi sejak masuk UPM ni (APE? DAH KELUAR ASASI KEEE....) ade org suruh update blog sebab die suka baca2 blog ni. Cik nana suka minum cool blog je.

Dari dulu punya post sampai skg, byk bende jadi kat cik nana. SERIES. Tapi malas nak tulis. Hehe. Kalo nak suruh cik cerita dari A-Z, mmg tak muat lah dalam entry kali ni kan..so cik nana akan update dari masa ke masa. Entry kali ni utk intro je.

Oh, kt sini kawan2 panggil cik nana FANA. So ade byk nickname tp orangnya masih sama :) Masih tak lupakan kisah lama. Ade seribu satu rahsia (ceh macam poyo gila. Tak macam, memang pon) yang masih disimpan. Kadang2 tu, cik ubah cerita sebab nak tutup cerita. Hakikatnya, cik nana dgn Allah Yang Maha Besar je yg tahu. Hee hee~

Oklah tu je kot untuk entry kali ni. Blog ni bukannyer blog yg nak jd blogger pon. (Paham tak?) Blog ni cuma tmpt cik nana conteng2 je. So tak femes lg bagus. Kang malu *blushing* sbb byk cerita yg agak personal dalam ni. Well then, I'll see you in the next entry. Matta ne~;)

*tgh update before class calculus. Hoho*

Sunday, 22 April 2012

Oit! Still remember meh?

UWAAAHHH~!!!! Gile bapak aa.. Da lame siot tak apdate. Pergh. Behabuk. Foh. Foh. *tepuk2*

Hai. Hm..lame ye tak tulis. Malas benau. Bukan tulis lak tuh. Taip je pon. Aigoo.

Aigoo? What the hell...
Hahaha. Last entry aku rase aku masih lagi suke Jpop. Huahuahua. Sekarang? ehehe. Aku lebih fond kepada Kpop. Aku ngaku. Aku penah kutuk dulu kpop tapi takdelah sampai mencaci sebab aku tau kalo aku suke kang malu pulak. Jilat ludah sendiri. Ahey~

Hmm. Kenape tiba-tiba suka kpop? Sebabnye...
Mase kat uitm puncak alam dulu, rumate aku ni memang fan kpop. Aku pon tak kisah la sebab aku suka jpop. Aku paham la perasaan dia. Pastu satu hari die tengok variety show korea gelak gile pawer pnye. Aku pon usha la ape yang die dok gelak dari tadi.

Tengok-tengok......

Aku pon ikut gelak cam die gak. Huhahuha pompangpompang. Seronok jugak korea ni buat lawak. Rancangan tu name die Family Outing. Die pasal sekumpulan celebrities pegi pekampungan and then hidup kat sana bebape hari untuk tolong family-family buat daily chores untuk diorang pergi becuti. Tengoklah! Sedap tau. Yang season 1 punye best.

Pastu aku pon cam cool lagi la. Several days later rumate aku pasang pulak Running Man. Aku cam, eh, ni pakcik yang sama host rancangan Family Outing. Tengok aa jap. (Tau-tau aku da conquer lappy rumate aku. Ahihi)

Best-best. Sonok-sonok. Pastu aku makin tamak. Alamak! Habis...haha. Aku tnye rumate aku, ade pape lagi tak yang best-best? Die tnjuk itu, ini, pastu die tengok We Got Married, Yongseo Couple. Aishh...shomelnye kapel nih. Rancangan ni pulak pasal...er...pegi google malas nak terang. Tapi SUMPAH! A normal girl like me memang suke shows gini~aheyy kiyopta~~>.<

Tengok rancangan tu buatkan aku suke ah gak kpop-kpop nih. Membe baik aku tnjuk pulak music video Big Bang dengan DBSK yang lama time diorang 5 org lagi. Uih! Pandai gak korea nih nyanyi. Sedap gak lagu dorang. Agak-agak..kalah jugak KAT-TUN aku. O.o

So dipendekkan citer,(ni da cukup panjang nk pendek ape lg-.-) aku suke la kpop...start bigbang,dbsk(lama) pastu cnblue then SNSD. Mula-mula aku pelik gak camna pompuan boleh suka SNSD atau grup-grup pompan yang seangkatan dengannya? Tapi aku takleh deny aa kalo dorang memang dah ade talent. Em~

Lah..lama tak apdate tapi citer pasal kpop ja? Hehehe. Sebenarnye kalo tak pasal die memang aku tak bukak pon blog ni. Die? budak Jordan tu ha..dah lupe citer? scroll ke bawah balik :)

Aku unfren die di fesbuk. Hakalah...balik-balik cite nih. Eh, nanti...sabar dulu. Aku sebenarnye..em..tak mau kacau die. Bile fren die di fesbuk, asal nampak nama die hijau je, aku mesti ade urge yang tinggi untuk tegur. Selalu aku sabar je. This time, aku tak tahan, (memang syaitan betol) aku...tegur die. Haiaaaa...bawwduuuhhh....as expected, die tak balas.

Namun aku sedar, aku..hanyalah menganggu die. Camne eh nak cakap, die alim soleh smue so mesti la die tak mau balas teguran budak pmpuan dan aku pon sedia maklum kenape die takmau. So, hem..demi mengelakkan aku terus berharap dan mengacau die, aku pun..unfriend you-lagu greyson chance.

Aku bukan tak suka kau tapi sebab aku terlampau suka kaulah aku buat camtu. Demi kebaikan aku sendiri, dan kau. Kalau kaulah the one insyaAllah Allah akan bagi jugak kau kat aku. Uh...ayat tak boleh blah. Biarlah. :)

Tuesday, 27 September 2011

Kasut Pink

Assalamualaikum. Hey. How's it goin'?

Fuh. Paper Biology is finally over. Susah? Of course la. Haish...Lepas habis paper tu call my parents. Baba cakap, "Okay aa tuh susah. Kalo tak susah senang-senang je la semua orang masuk foundation." Pastu my father cerita pasal ular la, mama kene sengat dengan scorpion la. Just trying to make me laugh. :) Thank you mama, baba. Without you guys, my world wouldn't shine as bright as now.

Nak balik kolej tadi memang macam challenge dalam Biggest Loser la. Dari fakulti naik tangga panjang macam batu caves punye style. Pastu jaaaaalaaaaaaannnn...sampai la kolej. Tak cukup dengan tu, lif penuh cam tin sardin. Supposed ade dua lif but tak fix-fix lagi. So sampai sekarang lif tu jadi pameran je. -.- (Nak complaint nanti kene sindir dengan orang kolej tuh. Tepapentah.)

Naik aa tangga kolej sampai tingkat 5. Alhamdulillah duduk kt level 5. Kalo kat level 9 memang sakit la. Aku fikir la, kalo camni everyday memang turun dalam 5, 10 kg. Sedap jugak. -.-

Sampai bilik terus tebongkang tidur. Tengah sedap-sedap telelap, tetibe dengar bunyik suara housemateku yang sangat nyaring. Die menjerit. Mungkin gembira.

Aku pun tebangun. Tau tak feeling yang tekejut sebab orang tetibe menjerit mase kau tengah tidur? Atau perasaannyer sama seperti sewaktu kau sedang membuang air besar tiba-tiba ade orang ketuk pintu tanya, "Lama lagi ke?" FFFUUUUUU....Perasaan yang tak best. Sangat tak cool.

But no matter what it is, aku bersyukur. :) Aku suka dengan hari-hari yang aku tempuhi kat sini. Allah S.W.T. memberi peluang kepada aku untuk terus menjalani kehidupan yang selesa. Semoga ku tak gunakan nikmat ni ke jalan yang salah. Amin.

Em? Kenape dengan kasut pink? Header tu langsung tak de kene ngene dengan entry kali ni ek? Sebenarnye kakakku belikan aku sepasang kasut nike original yang berharga RM 104. Aku taknak sebab die mahal tapi kakakku insist. Warna die pink. Aku suka la jugak. Sayang kasut tu sebab  kakak aku beli dengan harga mahal. Aku pakai pegi kelas. Sebelum ni tak sedar tapi rupenyer ramai mengumpat aku dengan kasut tu. Aku tak tau ape yang tak kene tapi manusia-manusia tu tengok aku dengan kasut aku, gelak. Sedih. Kau tak tahu betape kakak aku kerja keras untuk beli kasut tu untuk aku. Suka-suka kau kritik. Cis. Esok lusa kalo kau takdak kasut nak pakai baru kau tau betape bestnye kalau ade kasut macam aku.

Wednesday, 14 September 2011

Neglected much?

Assalamualaikum. Hey, how's it goin'?

Not many may noticed but..aku ade something yang tak pernah nak hilang dari dalam diri aku sejak...masuk MRSM. MRSM? Oh...Baru lah jugak kan...em..

Dari aku tingkatan 4, aku ade 1 komplikasi. Bukan ape, it's just..friends matter. Okay, I know. Many teenagers selalu ade masalah ni. "Die tak suke aku sebab crush die suke aku."; "Rupe-rupenyer die jeles dengan aku"...Blah, blah, blah...some sorts like that. Yeah I admit. Aku pun camtu. But kalo yang jenis camtu jadi time aku form 1 sampai form 3. Tapi! Walaupun gaduh each year, the friendship is still going strong during those years. Sekarang biase je la sebab dah tak selalu contact. Aku pun tak tahu kenape.

The story change as the time goes on. Bile masuk MRSM, aku jadi lain. Kat sini takde 1 guy pun yang suke kat aku. Hehe. Malu pulak nak ngaku. Tak feymes. Tak cantik. Dan aku desperate untuk cari kawan. Susah sangat nak cari kawan. Apetah lagi kawan baik. Hmm..aku ade masalah bersosial? Mungkin. Haish..Kalo ade kawan, aku excited gilaaa. Aku nak cerita semua benda kat diorang. Aku bagitahu crush aku sape, aku bagitahu aku benci sape, aku entrust semua secret aku kt diorang. Desperate nak kawan. Thats why la. Kawan takkan datang kalo aku tak cerita bende hangat-hangat. Diorang suke gosip. Aku bagi diorang gosip.


Tapi tau-tau esoknya......


Cerita pasal aku semua tesebar. Aku kene kutuk. Yang bestnye, crush aku pun kutuk aku. Aku rase lonely sangat. Kawan-kawan aku tu, diorang kate, "Takpe..sabar je..jangan nangis..diorang tu memang jahat la" In the end, die lak usha crush aku. What a joke...

Ok lah! Tu smue cerita MRSM dulu-dulu. Aku just nak story yang aku ni memang susah nak cari kawan. Aku tak tau nak buat ape, nak cakap ape. Orang selalu kate, "Kau jadilah diri sendiri. Takyah peduli kate orang lain. Jangan biar orang ubah diri kau." Kau ingat senang? Kalo jadi diri sendiri tapi orang tetap benci macam mane? Aku tak tau tang mane diri aku ni yang teruk sangat. Orang tak selesa dengan aku. Kenape? It is my perangai? Aku gedik sangat ke? Aku...mintak maaf atas kegedikkan aku. Lagi? Aku buat ape lagi? Aku nak tahu...aku nak ubah...

Sebenarnya, to tell you the truth, aku takde lah gedik mane. Aku belakon je semua tuh. Aku cakap aku crush kat die tu, die ni semua sebab aku nak ade topik perbualan. Aku cerita pasal diriku, diorang tak minat. Seriously. Aku tau. Kisah hidup aku takdelah menarik. Tapi kalo aku tak buat camni aku diorang tak pandang aku.

I'm not a very good friend. Yes I know. Tapi kalo kawan-kawan aku ade masalah, aku akan cube sedaya upaya untuk tolong. Aku tak tipu. Aku tak tau diorang nampak tak bende tu dalam diri aku. Diorang boleh cari aku bile diorang susah. Diorang boleh tinggalkan aku bile diorang senang. Tapi bile diorang susah balik, aku tetap akan tolong.

Sekarang ni aku feel like, kawan-kawan aku menjauhi aku. Kenapa? Aku je ke yang perasan? Especially Daia. Daia kenape? Aku ade wat salah ke? Ye, aku dah lame tak lepak dengan korang. Tak makan malam sekali. Ajakkan korang semua aku tolak. To tell you the truth, aku malas nak turun raff. Aku fikir bile-bile aku bole jumpe korang. Mungkin ni perasaan aku tapi, aku betul-betul terase dengan action kau baru-baru ni. Mungkin kau akan jawab, "Aku memang macam ni" Sori. Aku tak kenal kau dengan lebih mendalam lagi.

Member kelas pun. A (bukan nama sebenar) berkata "Alaa..Sem depan tuka group..." B (bukan nama sebenar), C (bukan nama sebenar) & aku tersenyum tawar. Lalu A menyambung, "Mane boleh..nak B dengan C..." Aku menunggu nameku disebut. Lama. 3 minit kemudian die menukar topik lain. Aku sedapkan hati. 'Aku temasuk sekali la dalam tu kot' fikirku. Hehe..Pathetic.

Ape kene aku ni...Puas aku fikir. Haish. Sebenarnye panjang lagi komplikasi aku ni..Tapi kalo cerita panjang lebar bukannya ade pembaca pun. :) Well. I keep the rest to myself.

P/S: The first day aku masuk UiTM Puncak Alam ni, aku tanam tekad, 'aku takkan terikat dengan mane-mane manusia. Tak kira la boipren ke, gelfren ke, aku taknak manusia bername kawan kat sini. Nanti aku ade komplikasi ni lagi. Thats the main reason aku act like kera sumbang mse first week start kuliah. But I can't. I need friends. I need people. I'm not a monkey.